Friday, October 19, 2012

SWEET CHEESE BREAD (WATER ROUX METHOD)

RESEPI BASIC DOUGH ROTI
by: kak.nor
source : izahdautkak.animmas

Bahan-bahan
  • 380gm tepung terigu
  • 3 sdm susu bubuk
  • 80gm gula castor
  • 3 sdt yeast
  • 1 btr telur, kocok dgn garpu
  • 100ml air
  • 100gm water roux*
  • 1/2 sdt garam
  • 30gm butter
  • 30gm shortening/ margarin
Caranya:

  • Masukkan yis, sedikit gula, 2 sdm tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Aduk hingga rata dan biarkan hingga naik dan berbusa, sisihkan.
  • Masukkan tepung roti, susu bubuk, garam, sisa gula ke dalam satu mangkuk berasingan. Aduk hingga rata.
  • Masukkan telur dan water roux. Aduk hingga rata lalu masukkan bahan campuran yeast.
  • Aduklagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembek tp teruskan menguli.
  • Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembek boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  • Tutup mangkuk dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  • Biarkan 30 menit, sampai naik 2 kali ukuran semula.
  • Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  • Bentuk adonan agak memanjang, atur dalam loyang yang telah diolesi margarin
  • Hiasi dengan potongan keju lembaran, olesi permukaannya dengan susu cair lalu taburi dengan gula pasir
  • Bakar doh dgn suhu oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  • Oleskan sedikit butter di atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)




RESEP WATER ROUX
  • 25 g tepung gandum
  • 125ml air
>> Aduk semua bahan dalam panci dengan api kecil sehingga kental. Dinginkan, lalu siap digunakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...